Selamat datang ke Blog KDC IPGM Kampus Pendidikan Islam Selangor kepada semua pelajar kursus perguruan Mod Kursus Dalam Cuti (KDC). WeB LOG ini disediakan sebagai wadah dan saluran komunikasi dua hala antara semua pelajar berdaftar dengan pihak institut khasnya dengan Jawatankuasa Kursus Perguruan Mod KDC IPIS.
Untuk makluman semua pelajar, Institut Perguruan Islam, Selangor (IPIS) telah mendapat nama baharunya sesuai dengan kenaikan taraf sebagai Instiut Pendidikan Guru (IPG). Nama institut ini telah dimashorkan sebagai Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kampus Pendidikan Islam, Selangor (IPGM KAMPIS). Semuga para pelajar semua akan melipat-gandakan usaha dalam mencapai kecemerlangan akademik dan kokurikulum bagi menjadi guru terlatih yang berkualiti.
Bagi pihak semua ahli jawatankuasa kursus dalam cuti saya ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kerana kerjasama semua pelajar semasa menjalani interkasi di institut dan semasa dalam latihan di sekolah masing-masing.
Selamat Maju Jaya
Ketua Penyelaras KDC